Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan
undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia
terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah
tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).
·
Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen,
Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada
rakyat.
·
Semua undang-undang mestilah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal
·
Badan Kehakiman adalah badan yang
bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian
Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu
undang-undang
LATAR BELAKANG
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1.
Menjelang kemerdekaan tanah melayu –setelah semua
pihak membulat suara,Suruhanjaya Reid telah ditubuh kan untuk mengubal
perlembangaan baru bagi mengantikan Perlembangaa 1948 yang telah diguna pakai
semenjak Malayan Union dibubarkan
2.
Langkah ini menjadikan sebuah perlembangaan yang
kukuh dan mendapat penerimaan semua
pihak dan diisytiharkan pada hari kemerdekaan tanah melayu
3.
Namun perlembagaan malaysia juga tetap sebuah
perlembagaan yang berfungsi sepanjang masa .Ini kerana malaysia mengamalkan
sikap terbuka dan fleksibel
4.
Selaras dengan prinsip –prinsip demokrasi yang
diamalkan. Pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di
parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan
Dan masa
No comments:
Post a Comment