Monday 28 September 2015

PERLEMBAGAAN MALAYSIA





PERANAN PERLEMBAGAAN


                                          PERANAN PERLEMBAGAAN


    1. MENWUJUDKAN PEMERINTAHAN  YANG ADIL
 
  •     Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU ,  BAHASA MELAYU , AGAMA ISLAM dan lain- lain .
  • sebagai contoh , walaupun perlembagaan memperuntukan agama islam sebagai agama persekutuan / rasmi Negara (dalam bahagian 1 ,perkara 3(1) ) tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia
 
   2. MENGELAKKAN PENYALAHGUNAAN KUASA DAN MENGAWALKAN PERGERAKAN KERAJAAN DAN RAKYAT
 
  • perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah,tetapi juga kepada rakyat .
  • berlaku nya pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak .
  • Terdapat beberapa peruntukkan khas tertentu untuk YDPA serta sultan /raja / Yang Dipertua Negeri . Dalam hal ini, walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan.

   3. ALAT PENYELESAIAN MASALAH.

  •     Perlembagaan adalah undang -undang tertinggi Negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang- undang
  • sebarang masalah dalam pembuatan undang- undang  atau rujukan hukuman kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan

   4.MENGEKALKAN RIWAYAT NEGARA BANGSA

  •  pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity Negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan , system pentadbiran dan perjalanan undang - undang Negara dapat dilaksanakan.

   5.MENJAGA KESTABILAN NEGARA

  • Perlembagaan dapat membentuk keamanaan dan kestabilan Negara dengan jayanya.

 
 
 

KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN




Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1).

·         Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.

·         Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal

·         Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang






LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA

 

1.       Menjelang kemerdekaan tanah melayu –setelah semua pihak membulat suara,Suruhanjaya Reid telah ditubuh kan untuk mengubal perlembangaan baru bagi mengantikan Perlembangaa 1948 yang telah diguna pakai semenjak Malayan Union dibubarkan

2.       Langkah ini menjadikan sebuah perlembangaan yang kukuh dan mendapat  penerimaan semua pihak dan diisytiharkan pada hari kemerdekaan tanah melayu

3.       Namun perlembagaan malaysia juga tetap sebuah perlembagaan yang berfungsi sepanjang masa .Ini kerana malaysia mengamalkan sikap terbuka dan fleksibel

4.       Selaras dengan prinsip –prinsip demokrasi yang diamalkan. Pindaan yang sewajarnya dilakukan melalui proses tertentu di parlimen apabila sesuatu perubahan diperlukan untuk menyesuaikan dengan keadaan Dan masa
 
 

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

 

       Pada hari kemerdekaan dicapai, Perlembagaan Malaysia yang pertama di capai dan dikenali sebagai Perlembangaan Tanah Melayu .   Namun nama itu di ubah pula kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia  pada 16 September  1963  selepas pembentukan Malaysia .


    PROSES PERLEMBAGAAN MALAYSIA:
 

 1. Bermula dari penguasaan british ke negeri perak ,Selangor , negeri Sembilan., dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri -Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

2.Semasa Perang Dunia Kedua (1942 - 1945 ), Jepun menakluki Tanah melayu.

3. British kembali menduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yang baharu iaitu  MALAYAN UNION pada april 1946.

4. Bentuk pemerintahan baharu ini mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu.

5. Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan pula satu lagi bentuk  pentadbiran yang baharu , iaitu PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1948.

6. Melalui perjanjian ini, Kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang Pesuruhanjaya Tinggi British , sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan .

 MAJLIS PERUNDANGAN -mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang 
                                                 dilantik oleh Pesuruhanjaya Tinggi  British .

7. Hasil perjanjian ini, terhasillah satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu yang  berkuat kuasa pada 1 febuari 1948.   Dikenali sebagai PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948.

 SELEPAS PILIHAN RAYA 1955, parti perikatan yang menang  majoriti dan menjadi kerajaan pemerintahan telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakn satu persidangan perlembagaan  di London

TUJUAN : untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

PERSIDANGAN TERSEBUT TELAH BERJAYA!!!!

  Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah  Melayu yang dipengerusikan oleh LORD REID (ENGLAND)  ,SIR IVOR JENNING (UK)   , SIR WILLIAM  MAKELL (AUSTRALIA), B.MALIK(INDIA) dan HAKIM ABDUL HAMID (PAKISTAN) .

 Perlantikkan orang luar dalam  penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah



SURUHANJAYA REID

Telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu termasuk orang awam , parti politik , badan awam  dan sebagai nya.


OKTOBER 1956 ,
 
SURUHANJAYA REID telah Berjaya menerima cadangan  sebanyak 131  cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.

Akhirnya , Draf perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957.



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957  dikuat kuasa kan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan telah dilakukan .


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU bertukar kepada PERSEKUTUAN MALAYSIA

Pertukaran nama berlaku akibat kemasukan Sabah , Sarawak dan singapura .