Wednesday 7 October 2015



    Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara  15 Bahagian dan merangkumi prinsip-prinsip seperti berikut :

                        
                
                  
                                Malaysia sebuah persekutuan

                 Perlembagaan Malaysia terbentuk hasil dari perkongsian anatara negeri-negeri yang menanggotai Persekutuan Malaysia
                 Kuasa kerajaan dikongsi bersama antara kerajaan pusat dan negeri
                 Perlembagaan tentukan perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan pusat dan negeri
                 Kedaulatan semua negeri anggota Persekutuan dijamin oleh kerajaan.

RAJA BERPERLEMBAGAAN

•        YDPA sebagai KETUA NEGARA
•        Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan dan undang-undang & menjadi tonggak perpaduan rakyat dan lambang kedaulatan undang-undang.
•        Di peringkat Persekutuan, YDPA bertindak menurut nasihat PM & anggota kabinet, diperingkat negeri bertindak atasa nasihat MB &Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
•        Perkara 71(1) memperuntukkan kerajaan Persekutuan. Menjamin hak-hak Raja sesebuah negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan negeri tersebut

Ketertinggian Perlembagaan

  • Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara & menjadi punca kepada semua undang yang sedia ada atau yang bakal digubal.


  • Semua undang-undang yang ada tidak boleh berlawanan dengan perlembagaan. Jika brlawanan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat yang berlawanan.


  • Kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi memudahkan kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan & pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak lain.


  • Tidak ada sebarang institusi diMalaysia yang boleh mengatasi kuasa & kedudukan perlembagaan.


  • Kuasa tertinggi perlembagaan ini dikenali sebagai konsep “ketertinggian Perlembagaan”.


  • Parlimen, Mahkamah, kerajaan, YDPA & Rakyat.


Demokrasi berparlimen


  • ·        Menjamin amalan demokrasi dalam pemilihan kerejaan yang memerintah.         
  • ·        Pilihanraya lambang kewujudan demokrasi                                                         
  • ·        Perlembagaan menentukan perkara-perkara yang membolehkan Parlimen atau       DUN untuk merangka seterusnya melulusakn undang-undang.


AGAMA ISLAM   

  • Sebagai agama rasmi, dan diperuntukan beberpa kelebihan oleh perlembagaan. (dana, penubuhan institusi Islam & undang-undang)


  • Agama lain bebas diamalkan, tetapi mempunyai BATASAN

No comments:

Post a Comment